Tak Peduli Di Kecam, Sajat Berniat Nak Tunai Umrah Setiap Tahun


Baru-baru ini kecoh dengan isu Sajat menunaikan umrah kerana dilihat berpakaian seperti wanita. Walaupun dikecam hebat oleh orang ramai, namun ianya tidak mematahkan azam Nur Sajat atau lebih dikenali sebagai Sajat untuk melakukan ibadah umrah setiap tahun.

Apa yang boleh saya cakap saya cukup tenang di sana. Memang saya sudah berniat dari tahun ke tahun untuk ke sana lagi -katanya kepada The News Malaysia.

Sajat turut berkongsi mengenai pengalamannya semasa berada disana. Meluahkan rasa syukur kerana dapat melakukan ibadah tanpa sebarang gangguan walaupun gambarnya telah tersebar luas di laman sosial yang telah mengundang kontroversi baru-baru ini.

Saya tidak tahu mereka yang mengambil gambar saya tidak fokus kepada ibadah atau sebaliknya. Maafkan saya tetapi itu yang terdetik ketika melihat gambar-gambar saya. Apapun saya bersyukur dapat menunaikan ibadah walaupun ini kali pertama,-katanya.

Menurut sumber, dia juga ada menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah setiap tahun serta ingin membawa lebih ramai lagi untuk menunaikan umrah terutama kepada mereka yang telah banyak membantu dalam perniagaannya. Sajat mengatakan dia berasa amat tenang ketika berada di Tanah Suci.

OHMEDIA: OHMEDIA KADANG-KADANG KONFIUS DENGAN JANTINA SEBENAR SI SAJAT NI. BUKAN KE MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN SENDIRI TELAH MENGESAHKAN JANTINA SEBENARNYA. APA-APA KITA DOAKAN SEMOGA SAJAT MENDAPAT HIDAYAH DAN MENGAKU JANTINA DIA YANG SEBENAR.

Sumber: Rotikaya

+ Baca respon Sajat berniat tunai Umrah setiap tahun di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media