'Tak pernah lagi tengok ular tedung besar camni' - Post Abang Bomba ni buat netizen terhibur teruk


Kerjaya sebagai bomba dan penyelamat bukan semudah yang disangka kerana terpaksa berdepan dengan risiko dan maut. Namun, mereka adalah anggota yang terlatih dan sentiasa bersedia menerima cabaran itu demi menyelamatkan orang awam mahupun haiwan. 

Ada kalanya, bomba juga menerima kes-kes yang kelakar seperti yang berlaku pada baru-baru ini di mana pihak bomba menerima panggilan orang awam yang meminta bantuan untuk menangkap ular yang menceroboh masuk ke rumahnya. 

Pakdo Mat, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Kota Bharu, berkongsi pengalaman yang mencuit hati di mana mereka terpaksa berdepan dengan Ular 'S'. 

“Terima panggilan kecemasan, ular tedung di dalam rumah, cepat-cepat kita pergi.

“Sampai-sampai, nasib baik tak kena patuk. Berdebar kita, nasib baik sempat tangkap. Tak pernah tengok lagi kita tengok tedung besar macam ni.



“Tak apalah, kita belit di kain langsirlah senang, besar molek ular tedung pun, tak apalah tanggungjawab kita biasa doh, 🤦🏻‍♂🤣” tulisnya. 




Post itu dikongsi lebih 3.8 ribu pengguna Facebook yang terhibur dengan perkongsian itu. 

REAKSI NETIZEN


Sumber: Pakdo Mat


Sumber : thereporter.my