(Video) Askar Thailand Mengamuk & Buat Live Tembak Orang Awam, Apa Puncanya?


Semalam telah tersebar video seorang askar Thailand telah menembak secara rambang orang awam. Kejadian ini telah menyebabkan 20 nyawa orang awam yang tidak bersalah terbunuh. Apa punca sampai askar ni sanggup bunuh orang yang tak bersalah?

Menurut apa yang Ohmedia baca, suspek yang dikenali sebagai Sarjan Mejar Jakrapanth Thomma ni telah mencuri sebuah kenderaan tentera sebelum dia melepaskan tembakan rambang itu. Kejadian ini juga telah mengakibatkan kecederaan kepada orang awam.

Kejadian tembak rambang ni sempat dirakam oleh orang awam. Namun, suspek ini turut dilihat membuat Facebook Live dan berkongsi beberapa keping gambar semasa membuat onar di bandar Korat itu. Video kejadian tersebut, telah dikongsikan dilaman sosial Twitter.





Dikatakan punca kejadian tembak rambang ini terjadi disebabkan wang. Suspek dilihat ada memuat naik beberapa status menerusi akaun Facebook peribadinya sendiri sebelum dipadam. Dalam penulisan tersebut dipercayai dirinya telah bertengkar dengan pihak atasan yang melibatkan sejumlah wang berkaitan dengan rasuah.



Pihak berkuasa Thailand kini masih dalam usaha untuk menangkap suspek tersebut. Siasatan terperinci juga masih terus dijalankan untuk mengetahui hal sebenar.

OHMEDIA: MEMANG SERAMLAH KEJADIAN TEMBAK RAMBANG NI TAKPASAL-PASAL NYAWA YANG TAK BERSALAH TERGADAI. SEMOGA SUSPEK CEPAT-CEPAT DIBERKAS!

Sumber: Borakdaily

+ Baca respon askar Thailand mengamuk di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media