(Video) Disebabkan Azwan Ali Tak Dapat 'Payment', DSV Dihina Tanpa Belas Ihsan


Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang dikatakan telah lama hilang dari radar tiba-tiba muncul dengan cara yang agak kasar, menghina cara pemergian dua orang anak Dato Seri Vida dan membakar minyak wangi yang telah diberikan kepadanya. Siapa jer yang tak kecewa dan terkilan bila ada dalam situasi yang sebegini, begitulah apa yang dirasakan DSV ketika ini.


Perasaan benci tu memang akan ada bagi sesiapa jer yang rasa tak berpuas hati kepada seseorang. Tapi, kenapa disebabkan tak berpuas hati dengan benda yang taklah seberapa, Diva AA ni sampai nak kaitkan dengan orang yang dah takde tanpa rasa bersalah langsung? Siap maki hamun dan kutuk lagi.  Kalau tak puas hati dengan DSV, janganlah nak babitkan dengan orang lain, apatah lagi orang yang dah takde dan terlampau DSV sayang. Boleh bincang dengan baik dan tak perlu sampai nak babitkan orang lain, kutuk-kutuk anak orang tu hitam lah, gemuk lah. Awak ingat awak tu helok sangat ke?!

Diva AA tak boleh dimaafkan




A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Apa yang Ohmedia tahu, tindakan Azwan Ali berbuat sedemikian disebabkan dia tidak berpuas hati dengan DSV tidak membuat pembayaran kepadanya lepas Diva AA membuat kemunculan semasa Cik B Food Festival di Angsana baru-baru ini yang dianjurkan usahawan itu. Di harapkan yang mereka berdua ni selesaikan dengan cara yang baik dan berdamai supaya tidak lagi timbul konflik sebegini.

OHMEDIA : SEMUA ORANG PERLU ADA SIFAT SABAR DALAM DIRI!

Sumber : Dato Seri Vida
Sumber: Oh! Media