(Video) 'Jalan lurus pun nak drift, noob' - Pelumba haram terbabas, langgar penonton di tepi jalan


Beberapa individu yang menonton perlumbaan haram mengalami kecederaan selepas dirempuh kereta yang sedang berlumba secara haram. 

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku baru-baru ini berhampiran Exit 254 Senai itu, sekurang-kurangnya tiga individu yang sedang menonton perlumbaan itu di tepi jalan, dirempuh sehingga terpelanting ke kawasan berumput. 

Video viral terdahulu menunjukkan, terdapat empat buah kenderaan sedang berlumba di jalan tersebut. Namun secara tiba-tiba salah sebuah kereta itu menekan brek lalu hilang kawalan sebelum terbabas dan menghentam besi penghadang jalan di sebelah kiri.

Kereta itu turut merempuh tiga mangsa terbabit menyebabkan mereka tercampak ke bahagian berumput. 



Turut 'tercedera' dalam kejadian itu adalah kereta Malaysia paling nakal, Perodua Myvi yang diletakkan di bahu jalan, dipercayai milik salah seorang mangsa. 

Kegiatan lumba haram adalah salah di sisi undang-undang jalan raya kerana membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain serta nyawa pelumba haram itu sendiri. 

Di Malaysia, menonton perlumbaan haram itu juga merupakan satu kesalahan kerana ia sebagai satu perbuatan yang menggalakkan pelumba haram untuk terus berlumba tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya lain. 



Sumber : thereporter.my