(Video) 'Matilah aku kena marah mak' - Niat nak hiburkan sepupu, sekali harmonika tersangkut dalam mulut

Posted on Wednesday, February 05, 2020 | 2/05/2020



Kebiasaannya insiden seperti ini dapat dilihat dalam kartun kanak-kanak. Tetapi kali ini berlaku pada manusia. 

Pelajar sekolah menengah, Mollie O'Brien memasukkan alat muzik harmonika ke dalam mulutnya untuk menghiburkan sepupu dia. Tetapi yang mendatangkan masalahnya, dia tidak tahu bagaimana mahu mengeluarkan harmonika itu yang tersangkut dalam mulut. 

Mollie kemudian memuat naik video keadaan dirinya sebegitu di TikTok dengan kapsyen bagi menjelaskan apa yang berlaku kerana dia tidak dapat bercakap, melainkan hanya mengeluarkan bunyi harmonika. 

Selepas 30 minit menahan kesakitan itu, mulut Mollie menjadi kebas. 

Video itu ditonton lebih 1.7 juta kali dengan komen netizen yang mengusiknya. 

Netizen: "Dia bercakap dalam bahasa harmonika"

Netizen: "Awak mungkin sangat stress pada waktu ini, jadi saya rasa adalah baik awak tarik nafas dalam-dalam..." 

Mollie mengaku dia mengalami kesukaran untuk bernafas kerana terlalu panik pada masa itu dan dalam masa yang sama harmonika itu mengeluarkan bunyi yang semakin kuat dari mulutnya. 
"Dalam fikiran saya, matilah.. mesti mak akan marah aku pasni. Tetapi mak tak marah pun, cuma dia terkejut anak dia berkelakuan pelik," katanya. 

Mollie dibawa ke hospital dan dirujuk kepada doktor pergigian yang menggunakan peralatan khas untuk membuka mulutnya dan mengeluarkan harmonika itu.

Sumber: Mirror


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 2/05/2020

0 comments:

Loading...