(Video) Seorang Pelajar Sekolah Dibuli Sehingga Menangis

Posted on Wednesday, February 05, 2020 | 2/05/2020


Sumber Gambar: the reporter

Apa nak jadi dengan budak zaman sekarang ni? Baru-baru ini telah tersebar satu video seorang pelajar sekolah dibuli di SMK Anderson, Ipoh. Video yang dirakam oleh salah seorang pelajar di kelas tersebut menunjukkan mangsa menangis setelah dipukul pada bahagian kepala, badan dan kakinya.

Video yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, David Marshel telah mendapat lebih 300 ribu view dan hampir 10 ribu yang share. Ohmedia rasa terkilan melihat kelakuan beberapa pelajar lain yang hanya berdiam diri dan tidak cuba untuk bantu mangsa yang sedang dipukul.


Ibu bapa perlu mendidik anak dari mereka kecil lagi supaya tidak bertindak ganas dan membuli orang. Ohmedia harap pihak sekolah ambil tindakan terhadap si pembuli dan semoga kejadian seperti ini tdak berlaku lagi pada masa akan datang.

OHMEDIA: SEMOGA SI PEMBULI DAPAT BALASANNYA

Sumber: David Marshel

+Baca respon pembaca yang benci kes buli di Facebook Oh! Media

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/05/2020

0 comments:

Loading...