5 Perkara Bermanfaat Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Pelaksanaan 14 Hari Perintah Kawalan Pergerakan

Posted on Thursday, March 19, 2020 | 3/19/2020



Seperti semua sedia maklum, hari ini merupakan hari kedua berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin. Pelaksanaannya bertujuan untuk mengurangkan pergerakan rakyat Malaysia bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dari terus merebak.

Meskipun perintah ini memaksa korang semua untuk mengurangkan aktiviti diluar, bukan bermakna korang tak boleh lakukan perkara bermanfaat ketika berada dirumah. Jadi, Ohmedia nak kongsikan kepada korang perkara manfaat yang boleh dilakukan dirumah.

Lakukan projek DIY bersama anak-anak

Sumber gambar dari Asian Parent
Memandangkan korang diberi cuti selama 14 hari, korang boleh gunakan kesempatan ini untuk luangkan masa dengan ahli keluarga. Selain menonton rancangan tv kegemaran bersama, ibu bapa juga boleh lakukan aktiviti DIY bersama anak-anak. Banyak projek DIY di Youtube yang mudah dan senang boleh dilakukan bersama. Selain dapat menambah ilmu anak-anak, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mereka.

Deko rumah

Sumber gambar dari Pinterest
Korang juga boleh gunakan kesempatan ini untuk lakukan akiviti mengemas rumah. Suami isteri serta anak-anak boleh lakukannya bersama-sama. Selain dapat menjamin kebersihan rumah, aktiviti mengemas rumah ini juga dapat menyihatkan badan dan memastikan persekitaran bebas dari virus. Tapi mak ayah kena pastikan ketika mengemas anak-anak dibekalkan dengan penutup mulut serta sarung tangan bagi mengelakkan anak tersedut habuk dan jangkitan kuman.

Bagi yang masih bujang, masa inilah korang gunakan untuk deko rumah bujang yang bersepah tu. Barulah dapat mood baru. Tak perlu keluar beli barang deko pun, korang boleh gunakan apa sahaja barang yang ada dalam rumah tu atau ubah kedudukan perabot di dalam rumah. Bila dah expert, nanti dah khawin senang, hihi. Ada benda yang boleh buat sendiri, buat sendiri. Bini pun makin sayang.

Bersenam di dalam rumah & amalkan pemakanan sihat

Sumber gambar dari Google
Masa yang ada ini jugalah ibu bapa boleh mengatur semula pemakanan yang sihat untuk anak-anak yang sebelum ini mungkin terlepas pandang kerana sibuk bekerja. Masak menu-menu yang menyihatkan dan ini semua boleh belajar terus dari YouTube.

Masih single? Janganlah sedih! Korang pun kena jaga kesihatan juga, jangan banyak makan makanan ringan dan tidak sihat. Dekat rumah juga korang boleh bersenam, misalnya zumba atau tabata.

Semak & siapkan kerja tertangguh

Sumber gambar daro Amazon
Tipulah kalau korang tak ada kerja yang tertangguh. Maka korang boleh manfaatkan cuti yang diberikan untuk siapkan kerja-kerja yang tertangguh lama tu. Misalnya, korang yang bergelar guru perlu menyemak kertas peperiksaan atau menanda buku atau kalau korang seorang yang bekerja dibahagian multimedia kreatif, time ini lah korang boleh gunakan untuk siapkan semua artwork-artwork atau planning idea seterusnya untuk digunakan bila masuk bekerja nanti.

Sentiasa berhubung & tanya khabar

Sumber gambar dari TM
Gunakan cuti ini dengan bertanya khabar ibu bapa atau saudara-mara yang lama tidak berjumpa. Jangan pulang ke kampung pula! Bagi mereka yang jarang-jarang telefon ibu-bapa dikampung kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja sebelum ini, maka sepanjang 14 hari cuti ini gunakanlah sebaiknya untuk tanya keadaan mereka.

Mohon kemaafan dari mereka kerana tidak selalu bertanya khabar. Zaman dah canggih sekarang, semua orang boleh buat video call. Korang jangan terkejut kalau muka saudara korang dah banyak berubah. Ini kalau jumpa selisih bahu pun tak perasan, haha.

Banyak lagi perkara yang boleh korang lakukan sepanjang Perintah Kawalan Pegerakan ini dilaksanakan.Terpulang kepada  korang mahu jadikan 14 hari cuti ini secara proaktif atau sebaliknya. Namun Ohmedia harapkan agar korang mematuhi perintah ini dalam usaha untuk mengekang penularan wabak COVID-19. Oleh itu kejayaan untuk membendung penularan wabak ini bermula dari diri sendiri, kerana Kita Jaga Kita.

+Baca respon pembaca 5 perkara bermanfaat yang boleh digunakan  sepanjang 14 hari cuti di Facebook oh! Media

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/19/2020

0 comments:

Loading...