600,000 Topeng Muka Di Belanda Rosak, Dikatakan Di Import Dari China


Umum mengetahui pada waktu ini China banyak memberi bantuan kepada negara-negara yang sedang menghadapi wabak COVID-19. Antara bantuan yang diberikan adalah topeng muka, ventilator dan kit ujian COVID-19


Namun perkara sebaliknya berlaku di Belanda apabila pihak berkuasa Belanda menarik balik 600,000 topeng muka yang telah di import dari China kerana dikatakan telah rosak. Hal ini pasti akan membantutkan usaha Belanda untuk memerangi virus tersebut.


Selain itu, Kementerian Kesihatan di Belanda juga menarik balik sejumlah topeng muka FFP2 daripada 1.3 juta yang telah di import kerana tidak memiliki yang kualiti baik. Untuk pengetahuan korang, kes COVID-19 di Belanda kini telah mencecah lebih 8,000 kes dan 600 kematian.

OHMEDIA : TOPENG MUKA YANG TIDAK BERKUALITI PASTI MEMBERI KESAN KEPADA PEGGUNA YANG MEMAKAINYA


+ Baca respon pembaca 600,000 topeng muka di Belanda rosak di Facebook Oh! Media

Sumber: Oh! Media