Abang Grab Sediakan Gula-Gula Dalam Kereta Untuk Penumpang Raih Pujian Netizen

Posted on Thursday, March 05, 2020 | 3/05/2020



Baru-baru ini, Ohmedia melihat satu posting yang dibuat oleh @alhkm_azmn di Twitter mengenai seorang pemandu Grab menyediakan gula-gula klasik dalam beberapa bekas di dalam kereta untuk penumpangnya.


Cuba korang zoom sikit gula-gula tu, memang legend betul gais! Siapa pernah rasa? Gula-gula tu dah susah nak dapat tau pada zaman sekarang ni. Kalau Ohmedia dapat pemandu Grab macam ni, memang taknak keluar dibuatnya. Huhu.


Perkongsian yang dibuat oleh @alhkm_azmn telah mendapat banyak pujian daripada netizen dan mereka mengharapkan agar pemandu-pemandu di luar sana juga dapat contohi sepertinya. Susah nak dapat pemandu yang baik hati macam ni tau!


Apabila kita melakukan perkara yang baik dekat orang, insyaAllah orang lain akan menghargai dan membalas kebaikan kita. Ingat bak kata arwah Abam Bocey, kita baik ramai sayang.

OHMEDIA: LEGEND WEH GULA-GULA TU! GULA MADU YANG ADA ASAM TU MEMANG SEDAP.

Sumber: Twitter

+ Baca respon pembaca sukakan gula-gula klasik di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/05/2020

0 comments:

Loading...