Amzad Harap Perikatan Nasional Jana Kemajuan Negara

Posted on Thursday, March 05, 2020 | 3/05/2020



Oleh: Husein Husaini

KUALA TERENGGANU, 5 Mac - Pengerusi Muafakat Nasional Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berharap pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke lapan yang disertai Muafakat Nasional (MN) serta parti-parti lain akan menjana negara ke arah yang lebih maju dan saksama melalui gabungan kerajaan Perikatan Nasional.

Jelas Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu, setelah piagam muafakat dibuat dan pelancaran muafakat dirasmikan, MN dilihat stabil dan teguh menghadapi cabaran daripada mana-mana kuasa besar parti politik lain di negara ini.

Kerjasama politik yang dibuat mempamerkan kredibiliti yang mampu mentadbir negara dengan baik serta bersih dari kuasa asing yang mampu menggugat keharmonian negara.

Pentadbiran di Terengganu sendiri dilihat telah hampir memenuhi separuh daripada manifesto PAS yang dijanjikan kepada rakyat.

“Sebagaimana yang telah dijanjikan, kerajaan Terengganu akan menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dalam masa 5 tahun.

Tetapi tidak sampai dua tahun, kini sudah 18,000 peluang pekerjaan mampu disediakan.”, tegasnya ketika menghadiri program Bicara Politik di Dataran Kedai Makan, Pasar Borong Gong Pauh, baru-baru ini.

Tambahnya, kebangkitan rakyat yang ditunjukkan pada lima pilihanraya kecil yang terkini termasuk di Tanjung Piai dan Kimanis menunjukkan bahawa rakyat sudah lali dengan mainan politik Pakatan Harapan.

Ahmad Amzad juga turut menzahirkan rasa syukur beliau dengan perlantikan ini menerusi hantaran di laman facebooknya dan turut melahirkan rasa hormat atas apa yang telah ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sumber: teganukita.net
Blog, Updated at: 3/05/2020

0 comments:

Loading...