Anggota Kesihatan KKM Positif COVID-19 Bukan Berpunca Dari Rawat Pesakit


Terkini! Sebentar tadi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah telah memaklumkan yang seramai 73 anggota kesihatan KKM disahkan positf COVID-19.

Bagaimanapun semua kakitangan KKM ini tidak dijangkiti semasa merawat pesakit COVID-19, tetapi kerana mempunyai kaitan rapat dengan kumpulan tabligh dan sejarah ke luar negara.

47 kes daripada jumlah ini dilaporkan pernah ke majlis perkahwinan yang dihadiri juga oleh kumpulan tabligh.

Hospital Teluk Intan, Perak mencatatkan 37 orang kakitangan KKM positif COVID-19 dan selebihnya dicatatkan di lain-lain hospital.


OHMEDIA: KITA TERUSKAN BERDOA AGAR PASUKAN HADAPAN NEGARA INI SENTIASA DILINDUNGI DARI TERKENA JANGKITAN WABAK INI.

Sumber: Twitter KKMPutrajaya

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media