Bikin Panas! Syatilla Melvin & TMJ Saling Balas Perli Di Instagram


Sepertimana yang korang tahu pagi tadi kita dikejutkan dengan Instagram Story yang dimuatnaik oleh pemilik kelab bola sepak JDT mengenai prestasi salah seorang pemainnya, Safawi Rasid semakin merosot. Hal itu disebabkan teman wanita pemainnya itu memaksa untuk berkahwin dan beri tekanan kepadanya pada setiap hari.


Walaupun Tunku Ismail Idris (TMJ) hanya menulis perkataan 'SM' di IG Story itu, warganet seolah-olah boleh mengagak kepada siapa yang ditujukannya. Rupa-rupanya teman wanita kepada Safawi Rasid adalah Syifa Melvin gais! Syifa Melvin ni merupakan adik kepada pelakon iaitu Syatilla Melvin.



Bila benda ni dah kecoh di laman media sosial, Syatilla Melvin pun tampil berbalas perli di Instagramnya bahawa beliau sendiri tidak pernah meroyan di media sosial dengan meletakkan emoji 'wildboar'. Ingatkan sampai situ jer drama diorang, apa lagi! TMJ pun balas balik kenyataan daripada Syatilla bahawa emoji 'wildboar' tersebut merupakan perangai sebenar orang yang berpura-pura baik yang memakai tudung.




Hmm Ohmedia doakan agar mereka dapat menyelesaikan perkara ini secara baik dengan secepat mungkin. Bukan apa, Ohmedia memang tak suka tengok orang bergaduh di laman sosial media ni. Walau bagaimanapun, Safawi Rasid tampil memohon maaf di Instagramnya, @safawirasid29 terhadap prestasinya sebelum ini.


OHMEDIA: DAH GAIS. BIAR MEREKA SETTLE BENDA NI SECARA BAIK.


+ Baca respon pembaca tak suka tengok orang gaduh di Facebook Oh! Media

Sumber: Oh! Media