Calon SPM 2019 Lebih Baik Berbanding 2018

Posted on Thursday, March 05, 2020 | 3/05/2020



Adik-adik yang ambil keputusan Sijil Penilaian Malaysia (SPM) hari ini mesti berdebar gila kan? Ada dua kemungkinan, sama ada buatkan kedua ibubapa korang tersenyum ataupun membebel sepanjang zaman. Kah! Mesti korang dah buat yang paling terbaik dan semoga keputusan adik-adik yang ambil SPM tu semuanya membanggakan kedua orang tua. Itu jer cara nak balas jasa mereka selagi kita masih kecil dan tak mampu nak bekerja lagi ni.


Menerusi Sinar Harian, seramai 8,876 orang pelajar daripada 389,498 yang ambil SPM tahun 2019 berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam semua subjek yang diambil. Bilangan calon yang mendapat grec C ataupun kepujian dalam semua subjek juga meningkat berbanding tahun 2018 iaitu sebanyak 77,038 calon daripada 74,360 kata Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim.




Pada pengumuman keputusan SPM, Dr Habibah juga berkata calon yang mendapat keputusan hanya lulus dalam semua subjek pula dikatakan seramai 147,738 calon dan meningkat sebanyak 69 calon berbanding tahun 2018. Dengan semua keputusan analisis, pencapaian calon SPM 2019 lebih baik berbanding tahun lepas, 2018 dengan GPN tahun 2019 sebanyak 4.86 berbanding pada tahun lepas sebanyak 4.89.

Sumber : Sinar Harian

OHMEDIA : WALAU APAPUN KEPUTUSAN YANG DIPEROLEH, JANGAN BERPUTUS ASA OKAY!

+ Baca respon pembaca adik-adik yang ambil keputusan SPM di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/05/2020

0 comments:

Loading...