COVID-19 : Bekalan Barangan Keperluan Asas Pengguna Terengganu Mencukupi


KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP) NEGERI 
TERENGGANU

Bagi memastikan bekalan barangan keperluan asas sentiasa mencukupi, KPDNHEP Negeri Terengganu telah
melaksanakan pemantauan secara berterusan di premis-premis perniagaan
berdasarkan item-item yang menjadi tumpuan pengguna.

Berdasarkan pemeriksaan dan pemantauan terhadap 104 premis bermula 18 Mac sehingga 25 Mac 2020, didapati bekalan barangan keperluan asas adalah mencukupi dan mudah diperolehi.

Bagi memastikan tiada gangguan bekalan barangan keperluan asas sepanjang
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, KPDNHEP
Negeri Terengganu juga telah mengambil langkah melantik Dedicated-Retailer
(DDR) sebagai pusat bekalan barangan keperluan asas dalam situasi kecemasan dengan memberi kebenaran kepada mereka untuk menyimpan barang kawalan melebihi 20% daripada had simpanan dalam lesen.

Sehubungan itu, para pengguna dinasihatkan agar tidak membuat pembelian secara panik (panic buying) dan merancang pembelian barangan keperluan
asas berdasarkan kepada keperluan sebenar.

Dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kalawan Pergerakan (PKP) ini, semua pasaraya, kedai serbaneka, kedai runcit dan pasar awam dibuka mengikut tempoh masa perniagaan sebagai mana yang telah ditentukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Justeru, tidak ada masalah kepada para pengguna untuk mendapatkan bekalan barangan keperluan asas masing-
masing.

Sementara itu, KPDNHEP Negeri Terengganu mengingatkan kepada para
peniaga agar tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan
secara tidak munasabah, menyorok bekalan barangan dan memanipulasi harga barangan di pasaran.

Pada masa yang sama, kerjasama para peniaga adalah amat diharapkan untuk melaksanakan kawalan secara kendiri dengan menentukan had jualan barangan yang bersesuaian bagi individu atau keluarga dalam memastikan bekalan barangan keperluan asas pengguna sentiasa mencukupi.

KPDNHEP Negeri Terengganu turut menasihatkan para pengguna agar lebih
berhati-hati semasa membuat pembelian secara dalam talian (online) supaya
tidak mudah terpedaya dengan taktik sesetengah pihak yang cuba mengambil
kesempatan dengan menawarkan item-item yang menjadi tumpuan pengguna
seperti topeng muka dan sanitizer tetapi dengan harga yang tidak munasabah
dalam tempoh pelaksanaan PKP ini.

Sekiranya terdapat sebarang aduan atau kemusykilan, bolehlah menghubungi
Bilik Gerakan KPDNHEP Negeri Terengganu dan semua cawangan yang beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang serta melalui saluran-saluran berikut:

i) Talian Bebas Tol : 1-800-886-800
ii) Enforcement Command Centre (ECC) : 03-8882 6245 / 6088
iii) Aplikasi WhatsApp : 019-279 4317
iv) Aplikasi telefon pintar EZAdu KPDNHEP
v) Laman web https://ift.tt/2vQnRfF (Sistem e-Aduan 2.0)
vi) SMS aduan ke 15888 dengan menaip KPDNHEP<jarak>ADUAN
vii) Laman media sosial rasmi KPDNHEP
viii) Bilik Gerakan KPDNHEP Negeri Terengganu : 09-6204 700 / 701
ix) Bilik Gerakan KPDNHEP Cawangan Kemaman : 09-850 2457
x) Bilik Gerakan KPDNHEP Cawangan Dungun : 09-845 3586
xi) Bilik Gerakan KPDNHEP Cawangan Besut : 09-690 2203

Sekian, terima kasih.

SAHARUDDIN BIN MOHD KIA
PENGARAH
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI
DAN HAL EHWAL PENGGUNA NEGERI
TERENGGANU
26 MAC 2020



Sumber: teganukita.net