COVID-19 : Kawalan Pergerakan Tatacara Majlis Akad Nikah Di Terengganu

Gambar hiasan. Foto oleh - Tengku Syamim
Tatacara Majlis Akad Nikah di negeri Terengganu sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan (18 Mac hingga 31 Mac 2020)

Mana-mana Majlis Akad Nikah yang telah diberi Kebenaran Berkahwin sebelum berkuatkuasanya tarikh perintah Kawalan Pergerakan, maka majlis tersebut dicadangkan kepada Penganjur untuk MENANGGUHKANNYA pada tarikh lain yang bersesuaian atau sekiranya penganjur berhasrat meneruskan majlis akad nikah tersebut, maka TATAGARA ini hendaklah dipatuhi;

1. Dijalankan di premis persendirian, ELAKKAN dilangsungkan di tempat awam seperti masjid, surau dan seumpamanya.

Hendaklah dihadiri oleh:

i. Satu (1) orang Jurunikah
ii. Pengantin Lelaki
iii. Pengantin Perempuan
iv. Satu (1) orang wali
v. Empat (4) orang saksi

Masa perjalanan Majlis Akad Nikah hendaklah dipendekkan dan tidak melebihi 20 minit.

Penganjur perlu menyediakan hand sanitizer di dalam Majlis Akad Nikah.

Penganjur perlu menyediakan topeng muka (facemask) - jika perlu.

ELAKKAN berjabat tangan.

Pastikan jarak selamat (sekurang-kurangnya 1 meter) daripada orang yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk, selesema dan / atau sakit tekak.

Jika Penganjur tidak mematuhi Tatacara ini, Jurunikah dengan kuasa Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju, Negeri Terengganu, boleh MENANGGUHKAN majlis tersebut.

Semua yang hadir pada Majlis Akad Nikah berkenaan hendaklah didaftarkan nama, alamat semasa dan nombor telefon dan diserahkan kepada Jurunikah. Bagi Majlis Resepsi / Kenduri Kahwin untuk Majlis Akad Nikah tersebut, hendaklah DITANGGUHKAN.

Sumber: teganukita.net