Dua perlawanan, enam bolos, penyokong TFC risau

Kita beri peluang beberapa fans yang fokus dalam formasi perlawanan malam tadi. Ikuti ulasan keseluruhan Terengganu Football Club vs KEDAH FA tadi oleh Azem Din II

i-Permulaan yang laju,lancar dan baik dari tfc,min-2 kita didepan hasil sedikit campuran set piece dan disudahkan oleh #dom

ii-Min-3 dan seterusnya,bertiki-taka atas dan bawah!masih kuasai game.

iii-FAULT! depan box.free kick oleh kedah,rebound tapi macam biasa defens tfc masih berminat main bola guna'mata' langsung xde cover-up selepas GK Rahadi tepis! Beliau OK tetapi boleh buat lebih baik,tepis bola jauh sedikit dari zon bahaya!

iV- kedudukan 1-1 ,bermulalah kucar & kacir terutama CB #Nasrullah yang off position & #Babacar yang bermimpi beliau adalah seorang striker,nuungg jauh duk atas! Hasil killer pass disudahkan dengan sempurna oleh #Kpah.Rahadi perlu tutup sedikit kekiri gol!

v- Kedah 2- 1 Terengganu,Hmmmm ...mase ni rasa macam nk tutup tv dah..tapi.... Hmm,umpama kene #Godang di Nafuzi,team terus berfungsi baik,forward tiki-taka,lancar dan create chances! Sikit pn x koyak..ada karakter! Bermain baik sehingga tamat 1st half!
(dalam hati ni dah rasa lain...malam ni malam kita...unless kita main gaya utk kalah)

Vi-2nd half bermula!.. entah ape nafuzi bubuh dekat player dalam changing room tu ,tfc terus bermain baik berselang seli dengan teruknya defense kita! Kipre Tchetche bubuh sebijik lagi.
Hasil clear pass dari MD kedah terus ke kaki kipre dan mudah letakkan bola dalam gawang tfc.macam biasa defend hilang shape!

Vii-Kipre boleh hantar tfc balik darul iman lebih awal jika dia tak tamak!

Viii-#Achey keluar,#Azalinullah masuk bertindak sebagai DMF,kecil saiz badan tapi ada gaya simple play dan connecting antara defend,sanjar & lee tuck! Senang kerja!
Short passes OK,lancar!

ViV-Tfc dapat free-kick! Set pieces! Kemah keming! Tapping mudah oleh #dom
Terkial-kial ifwat cuba tangkap.sorry ifwat!

X-Kedudukan 3-2 ,tfc terus beri tekanan,volley dari sanjar,free kick dari lee tuck,bunga2 untuk menang tu dah nampak! Dummmm! Hasil lob jauh dari defend terus ke kaki #dom,senang atasi shakir dan renan sekadar mampu menampar2 belakang dom sahaja,dengan bergayanya dia sungkit bola tu dengan tenang! 3-3!perghh! Boleh pegi lagi ni!

Xi- tfc masih lapar gol,terus serang dan x berpuas hati utk seri,ibarat takut kene maki fans ganu,hasil gerakan dari kiri,long pass ke kanan jatuh di kaki #sanjar ,cerdiknya dia adalah x shoot bola tu tetapi cut in kepada #dom,selebihnya dom yang buat keje!
4-3 boh! Gila gila!

Xii-11 player ganu umpama sedar,baru nak bermain sebagai satu unit! Sehingga wisel penamat! Kekal shape sehingga habis game! Tq ilham!

Xiii-#Dom is our new goal machine! Nampak slow tapi speeding kemahh!

Xiv- Cleensheet still not in our blood!

Xv-comeback is real!

Akhir kata, benteng pertahanan harus diperkemaskan untuk menerima kunjungan Selangor FA rabu ini, 2 perlawanan 6 bolos perlu disemak dan diperbaiki!