foodpanda Bekerjasama Dengan PolicyStreet Bagi Mengutamakan Keselamatan Rider


Walaupun rider foodpanda dikatakan hero dan sanggup berhadapan dengan bahaya, kebajikan mereka tetap menjadi keutamaan foodpanda jika terjadi perkara tak diinginkan. Demi memastikan keselamatan semua rider-rider penghantar makanan dalam tempoh wabak covid-19 sedang menular di seluruh Malaysia, foodpanda telah berkerjasama dengan rakan kongsi insurans terkemuka yang juga diiktiraf oleh Penasihat Kewangan Bank Negara Malasyia iaitu Policy Streets.

Syarikat penghantaran makanan atas talian, foodpanda ini telah membuat pelbagai langkah-langkah untuk mengutamakan kesihatan dan keselamatan rider mereka semasa menjalankan tugas mereka yang agak berisiko pada masa sekarang dan juga demi memastikan persekitaran yang selamat dan telus.


Baru-baru ini, foodpanda juga telah mengumumkan yang mereka ada menyediakan bantuan kewangan kepada rider-rider mereka yang sedang menjalani tempoh kuarantin, mereka akan menerima elaun sebanyak RM300 dalam tempoh itu dan manakala yang memang telah disahkan positif covid-19 pula, akan menerima jumlah perlindungan tambahan sebanyak RM1,000 dari inisiatif ini. Ahli keluarga yang meninggal dunia akibat covid-19 pula, akan menerima RM5,000 hasil dari kolaborasi foodpanda bersama Policy Street.

Shuban Saran, Ketua Bahagian Logistik, foodpanda Malaysia juga berterima kasih kepada rakan kongsi insurans mereka, PolicyStreet atas kerjasama dan memastikan kebajikan rider-rider foodpanda terjaga disebabkan kesihatan dan keselamatan rider adalah keutamaan foodpanda dan akan komited untuk memberikan yang terbaik kepada semua rider.

Disebabkan itu, foodpanda telah menyediakan saluran komunikasi telegram khas untuk semua rider mereka bagi mendapatkan maklumat terkini, Operasi penghantaran akan dipantau untuk memastikan jaminan kualiti dan langkah-langkah kebersihan diri akan dibuat secara kerap dan pelarasan akan dibuat sama dengan sebarang cadangan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua rider juga boleh mendapatkan maklumat terkini tentang Covid-19 di lawan web rider mereka https://www.pandariders.my/covid19-news-and-info.


Sumber: Oh! Media