Hidupkan Majlis Ilmu Disetiap Jabatan


Oleh: Muhd Afiq Zohir

BESUT, 13 Mac - Program berbentukMajlis ilmu perlu dihidupkan di setiap jabatan samada kerajaan ataupun swasta bagi memberi pendedahan awal kepada kakitangan.

Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, penyampaian ilmu harus berterusan dari hari ke hari tanpa mengira had umur.

“Ilmu amat penting bagi membentuk dan mengukuhkan sesebuah organisasi dari sebarang ancaman dan dugaan.

"Para kakitangan digalakkan untuk terus menuntut ilmu bagi memperbaiki dan menambah baik kualiti dalam kerja untuk melancarkan sesuatu urusan," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Dhuha di Surau Kawasan Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (KETARA), Jerteh pada semalam.

Menurutnya, program sebegini amat sesuai diadakan selaras dengan hasrat kerajaan negeri iaitu Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.

"Saya berharap usaha murni ini akan terus disuburkan bagi menjamin keharmonian rakyat setempat," ujar beliau.

Tambah beliau, program Kuliah Dhuha kali ini melibatkan semua kakitangan Pejabat KETARA Jerteh.

Sumber: teganukita.net