Iran Batalkan Solat Jumaat Akibat Koronavirus

Posted on Tuesday, March 03, 2020 | 3/03/2020



Kementerian Kesihatan Iran meminta pihak berwajib untuk membatalkan solat Jumaat dan ibadah berjemaah dan melibatkan 23 ibu negeri dan 31 wilayah di negara Iran termasuk Tehran, bandar suci Qom dan Mashhad untuk mencegah jangkitan Covid-19.

Jumlah kematian akibat virus koronavirus di Iran mencatatkan jumlah tertinggi selepas negara China iaitu sebanyak 26 kematian dan seramai 245 orang didapati positif koronavirus dan dikatakan dua individu penting iaitu Naib Presiden Hal Ehwal Wanita dan Keluarga serta Timbalan Menteri Kesihatan dalam kerajaan Iran turut dijangkiti koronavirus dan kini sedang mendapatkan rawatan intensif.

Dikatakan semua aktiviti yang melibatkan orang ramai juga harus dibatalkan sehingga diberitahu nanti dan peratusan kematian di Iran kini sekitar 5.5% dan ianya lebih tinggi dari peratus negara lain.

Iran juga dikatakan telah mengadakan taklimat dalam talian bersama dengan Kementerian Luar Negeri pada hari Isnin lepas untuk membanteras wabak ini. Paling terbaru setakat ini, Iran telahpun mengesahkan ada 978 kes baru dan 54 kematian akibat penyakit koronavirus ataupun Covid-19 ini.

Sumber : Amazing Nara

OHMEDIA : DIHARAPKAN WABAK INI DIJAUHKAN SAMA SEKALI DARI KITA DAN JUGA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.

+ Baca respon pembaca Iran batalkan solat Jumaat di Facebook Oh! Media


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/03/2020

0 comments:

Loading...