Kerajaan Bersetuju Kurangkan Harga Siling Penutup Mulut Dan Hidung

Posted on Tuesday, March 24, 2020 | 3/24/2020



Rentetan terdapat rungutan dari rakyat mengenai harga penutup mulut dan hidung yang dikatakan terlalu tinggi, kerajaan telah bersetuju melalui Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau lagi, harga siling ketika ini (RM2) dikatakan terlalu mahal. Jadi bertindak dari itu, beliau menyatakan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan berbincang dengan pihak industri bagi tujuan menurunkan harga penutup mulut dan hidung berkenaan seperti yang di petik dari Berita Harian.

Baca: Kerajaan Usaha Dapatkan 10 Juta Topeng Muka & Berikan Secara Percuma Kepada Rakyat

Sebelum ini, beliau juga menyatakan bahawa tiada sebab untuk harga penutup mulut dan hidung dinaikkan memandangkan kerajaan telah bersetuju untuk menghapuskan duti import bagi pembelian barang berkenaan. Disamping itu, Ismail Sabri sebelum ini menyatakan bahawa sebanyak 10 juta penutup mulut dan hidung akan dibawa masuk dari China  dan kemudian akan diagihkan mengikut keutamaan, misalnya petugas-petugas yang menjadi frontliner menangani kes COVID-19 seperti yang dipetik dari Bernama.



“Jadi saya jangka dalam waktu terdekat ...KPDNHEP perlu segerakan agar kita boleh buat pengumuman dan yang penting mesti di bawah RM2,”

OHMEDIA: DIMINTA JUGA KERAJAAN MEMANTAU PENIAGA-PENIAGA YANG CUBA MENANGGUK DI AIR KERUH DENGAN TINDAKAN KERAJAAN MENGURANGKAN HARGA SILING PENUTUP MUKA DAN MULUT.

Sumber: Berita Harian | Bernama

+ Baca respon pembaca kerajaan bersetuju kurangkan harga siling penutup mulut dan hidung di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/24/2020

0 comments:

Loading...