Mengejutkan! Maya Matahari Melaporkan Meninggal Dunia

Posted on Wednesday, March 18, 2020 | 3/18/2020



Menurut laporan Astro Awani, penyanyi yang bernama Maya atau nama sebenarnya Meyanaliza Ruslee meninggal dunia akibat kanser pada usia 44 tahun. Kalau korang nak tahu, Maya menghidapi kanser tisu sejak tahun lalu.

Sebenarnya arwah tidak mahu peminat, media dan juga masyarakat tahu tentang penderitaannya. Walau bagaimanapun, Haiza dan Ieda Moin memberitahu bahawa mereka juga baru mendapat berita sedih ini mengenai pemergian rakan baiknya.

Ya, saya baru mendapat berita mengenai pemergian Maya. Saya seakan tidak percaya menerima berita sedih ini. Saya difahamkan jenazah kini berada di Sungai Buloh. -kata Haiza kepada Astro Awani


Namun, Allahyarham sangat kuat semangatnya. Dia sentiasa meminta mendoakan yang baik-baik buatnya dan memberitahu tidak mahu orang lain mengetahui kesakitan yang ditanggugnnya. -kata Ieda kepada Astro Awani

Maya merupakan seorang penyanyi berasal dari Johor yang pernah masyhur dengan lagu Matahari dan pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim ke-5 pada 2018. Apapun, Ohmedia ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Maya. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

OHMEDIA: AL-FATIHAH (DIBACA)

Sumber: Astro Awani | Youtube

+ Baca respon pembaca sedih dengan pemergian Maya Matahari di Facebook Oh! Media




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/18/2020

0 comments:

Loading...