Noor Hisham Menegaskan Yang Negara Bergantung Kepada Kakitangan Kesihatan

Posted on Wednesday, March 25, 2020 | 3/25/2020



Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan menegaskan yang negara sekarang bergantung kepada kakitangan kesihatan untuk mengurangkan penularan wabak covid-19. Kerajaan juga telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang tidak pernah berlaku kepada negara kita.

Noor Hisham juga mengatakan yang kejayaan barisan hadapan adalah penentu untuk Malaysia menghadapi wabak covid-19 yang agak semakin membimbangkan. Apa yang rakyat boleh membantu kerajaan dalam penularan ini adalah dengan duduk dirumah sekiranya tiada hal yang mustahak perlu diselesaikan diluar, amalkan penjarakkan sosial dan selalu mencuci tangan untuk memutuskan jangkitan wabak covid-19.

Noor Hisham juga mengatakan yang Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus mengesan, menguji, mengasing dan merawat kesemua pesakit covid-19 dan sama-sama mengambil langkah untuk memastikan sistem kesihatan di Malaysia terus diperkukuhkan lagi.

Setakat ini, seramai 1,624 pesakit telah dijangkiti di Malaysia dan sebanyak 17 kematian telah dikejutkan. Ohmedia berharap supaya semua orang pengikut arahan apa yang telah diperintahkan dan sama-sama kita usaha untuk mencegah wabak covid-19 ini dari menular.

Sumber : Sinar Harian
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/25/2020

0 comments:

Loading...