Padah Tekan Harga Tomyam Udang Hingga RM30. Restoran Tomyam Dikenakan Kompaun!

Posted on Tuesday, March 10, 2020 | 3/10/2020



Mesti korang pernah kena tekan harga tak masuk akal dengan sesetengah peniaga restoran kan? Sebenarnya kita sebagai pelanggan ada hak untuk mempersoal dan membuat aduan terus kepada KPDNHEP sekiranya terdapat peniaga yang berbuat sedemikian.

Terbaru, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengenakan kompaun terhadap sebuah restoran masakan Thai di Pantai Cahaya Bulan, Kelantan kerana gagal mempamerkan tanda harga tomyam udang di kedainya.

Restoran yang dimiliki oleh wanita berusia 50-an itu diserbu pada jam 5 petang semalam dan didapati telah mengenakan harga RM30 untuk tomyam udang kepada pelanggannya.

Peniaga tersebut turut memberi alasan saiz makanan laut itu yang agak besar. Bagaimanapun, peniaga berkenaan melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. - Kata Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Azanizam Affendi Juri.

Restoran berkenaan turut mengenakan harga RM91 termasuk tomyam udang kepada dua orang pelanggan. Tindakan pantas ini diambil selepas gambar tidak puas hati seorang pelanggan tersebar di media sosial dan dalam resit itu ada menulis tomyam udang 2 - RM30; sotong kunyit 2 - RM30; K I M (kailan ikan masin 1 - RM5; N P Nasi Putih 3 - RM6; Minuman - RM14 dan tidak pasti menu RM6.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang geram dengan peniaga tekan harga di Facebook Oh! Media.






Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/10/2020

0 comments:

Loading...