Penularan Covid-19 Semakin Teruk, FIFA Cadang Perlawanan Antarabangsa Ditangguhkan!


Susulan penularan wabak Covid-19 yang sekarang in sedang melanda dunia, FIFA telah menyuarakan cadangan untuk menangguhkan semua perlawanan antarabangsa yang dijadualkan berlangsung pada bulan ini dan bulan depan. Bagi memastikan cadangan ini dilaksanakan, badan induk bola sepak berkenaan tidak akan mengambil sebarang tindakan sekiranya kelab tidak melepaskan pemain mereka untuk mewakili negara masing-masing susulan penularan wabak ini.

Disamping itu juga, FIFA juga menyatakan bahawa mereka sedang berusaha untuk reschedule semula perlawanan untuk kelayakan Piala Dunia 2022 bagi zon Asia dan Amerika Selatan yang sudahpun ditunda sebelum ini. Namun keputusan akhir terhadap penundaan perlawanan terletak pada budi bicara penganjur pertandingan yang membaitkan aksi persahabatan, jelas FIFA lagi.

Sumber gambar dari Padang Bola Sepak

“Semua perlawanan antarabangsa yang dijadual berlangsung pada Mac dan April seharusnya ditunda sehingga tempoh sesuai yang mana mereka boleh bermain dalam keadaan persekitaran yang selamat,” kenyataan FIFA.


OHMEDIA: MERISAUKAN BETUL WABAK COVID-19. MAKIN LAMA MAKIN TERUK. STAY SAFE GUYS!

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca FIFA cadang tangguh perlawanan antarabangsa di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media