Perdana Menteri Dijangka Umumkan Senarai Penuh Kabinet Petang Ini

Posted on Monday, March 09, 2020 | 3/09/2020



Setelah hampir 1 minggu kita semua menantikan senarai penuh Kabinet, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ada mengumumkan yang ia akan diumumkan pada jam 5 petang ini di Pejabat Perdana Menteri.

Muhyiddin juga dijadualkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar nanti (11 pagi) bagi mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri yang akan bersama-sama mentadbir negara.

Setelah mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dijangka akan mengumumkan senarai Jemaah Menteri pada hari ini, jam 5 petang bertempat di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. - Katanya.


OHMEDIA: JADI SIAPA AGAKNYA YANG AKAN DIPILIH MUHYIDDIN UNTUK BERSAMANYA NANTI? HARAP MEREKA YANG DIPILIH BEBAS DARI RASUAH DAN KES MAHKAMAH.

Sumber: Jabatan Perdana Menteri

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan politik di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/09/2020

0 comments:

Loading...