Perdana Menteri Umum Bantuan Penangguhan Babit Institusi Kewangan

Posted on Wednesday, March 25, 2020 | 3/25/2020



Bagi membantu meringankan beban rakyat yang berdepan dengan kekangan ekonomi akibat penularan wabak COVID-19, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pengenalan tiga langkah penangguhan yang membabitkan institusi kewangan dengan nilai sekurang-kurangnya RM100 bilion seperti yang dipetik dari Berita Harian.

Perdana Menteri menjelaskan tiga langkah berkenaan melibatkan penangguhan bayaran balik pinjaman, penyusunan baki kad kredit serta penstrukturan semula pinjaman perniagaan. Turut menambah, beliau menyedari keresahan rakyat terutamanya dari segi kewangan.

Justeru itu, Muhyiddin menjelaskan, mulai 1 April, bank tempatan akan menawarkan moratarium atau penagguhan balik selama enam bulan kepada peminjam individu dan juga kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi mengurangkan beban rakyat ketika keadaan yang sukar kini.

Sumber gambar dari Berita Harian
Selain itu, pemegang kad kredit boleh memilih untuk menukar baki kad kredit kepada berjangka dengan fleksibiliti penangguhan bayaran balik dari 1 April hingga 31 Disember 2020. Bagi sektor korporat, mereka boleh berunding dengan bank masing-masing untuk menyusun semula pembayaran balik yang sesuai dengan keadaan perniagaan mereka.

Seperti yang dipetik dari Berita Harian, beliau juga sudah meminta Kementerian Kewangan dan BNM untuk memperincikan pengumuman tiga langkah penangguhan itu dengan lebih mendalam agar manfaatnya dapat difahami sepenuh oleh rakyat.

OHMEDIA: SEMOGA INISIATIF YANG DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN KETIKA INI DAN AKAN DATANG DAPAT MERINGANKAN BEBAN KITA SEMUA TERUTAMA YANG PALING TERKESAN DENGAN PKP INI.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Perdana Menteri umum bantuan penangguhan bayaran balik di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/25/2020

0 comments:

Loading...