PKP Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020


Tan Sri Muhyiddin Yaasin, Perdana Menteri Malaysia baru saja membuat perutusan khas dan mengumumkan yang Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April nanti disebabkan kes positif covid-19 yang masih lagi berlaku. Perkara ini juga dimaklumkan awal untuk memberi peluang kepada rakyat agar lebih bersedia untuk menempoh lanjutan PKP itu.

Muhyiddin juga mengatakan yang beliau telah diberi taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara yang pola semasa kes positif covid-19 masih lagi berlaku.

Pola ini juga dijangka akan berterusan sebelum kes-kes baru mula menurun dan sekaligus menuntut kerajaan supaya melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan menjadi lebih panjang.

Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca PKP dilanjutkan sehingga April di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media