Premis Perniagaan Hanya Dibenar Beroperasi 12 Jam Sehari, Kata Menteri Kanan Keselamatan


Bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan agar semua premis perniagaan yang menjual keperluan asas dan komoditi ditetapkan beroperasi selama 12 jam sahaja, dari jam 8 pagi hingga 8 malam seperti yang diperuntukkan dalam SOP fasa dua PKP.

Dalam SOP fasa dua PKP ini, Ismail turut menjelaskan bahawa SOP ini akan berkuatkuasa 1 April dimana orang ramai masih boleh bergerak atau keluar untuk mendapatkan keperluan asas tetapi dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Sama seperti SOP fasa sebelum ini, hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk berada di dalam kenderaan ketika keluar rumah untuk pergi membeli barang.

Sumber gambar dari Google
Beliau turut menasihatkan agar menggunakan kaedah pembelian secara dalam talian selain mengamalkan penjarakan sosial ketika mengambil barangan atau bungkusan ketika di hantar ke rumah masing-masing seperti yang dipetik dari Berita Harian.

OHMEDIA: NAMPAKNYA SEMAKIN LAMA SEMAKIN DIPERKETAT PELAKSANAAN PKP NI. JADI OHMEDIA HARAPKAN AGAR SEMUA DAPAT MEMATUHI ARAHAN YANG TELAH DIKELUARKAN OLEH KERAJAAN.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca premis perniagaan hanya dibenar beroperasi 12 jam sehari di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media