Rakyat Terengganu Dinasihatkan Tidak Panik, Bekalan Makanan Cukup

Saharuddin melihat bekalan barang keperluan asas yang dijual.



KUALA TERENGGANU, 17 Mac- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menasihati orang awam supaya tidak panik dengan melakukan pembelian luar jangka.

Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, berdasarkan tinjauan yang dilakukan didapati bekalan barang keperluan tidak mengalami masalah sebagaimana jaminan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa  barangan keperluan harian akan mencukupi.

"Kita mengharapkan masyarakat terutamanya di Terengganu tidak panik dengan suasana ini kerana seperti dimaklumkan pasaraya, pasar awam, kedai serbaneka dan kedai runcit dibuka seperti biasa," katanya.
Saharuddin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu melakukan tinjauan di Sabasun Hyperruncit Kuala Terengganu, hari ini.

Saharuddin turut menegaskan, menjadi tugas KPDNHEP untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi untuk semua.

"Jadi, kami sentiasa berhubung dengan pemborong dari masa ke masa untuk memastikan bekalan cukup dan tidak menimbulkan sebarang masalah.
Respon pengguna turut diambil kira dalam tinjauan yang diadakan.

"Kita juga mengingatkan para peniaga agar dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini supaya tiada mana-mana pihak mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati atau menyorokkan barang sehingga menimbulkan masalah lebih kritikal," katanya.

Tambahnya, seramai 214 pegawai penguatkuasa akan di seluruh Terengganu untuk memastikan bekalan barang keperluan dapat dipenuhi.



Sumber: teganukita.net