Rider Food Panda Beri Makanan Kepada Gelandangan

Posted on Wednesday, March 18, 2020 | 3/18/2020



Di Malaysia masih ramai lagi gelandangan yang tinggal di jalanan serta lorong-lorong dan kebanyakkan berada di sekitar Kuala Lumpur. Baru-baru ini, telah tersebar satu gambar dari laman Facebook We Are Malaysian dimana seorang rider Food Panda memberhentikan motorsikal yang ditunggangnya dan memberikan makanan kepada seorang gelandangan yang sedang tidur di kaki lima.


Secara logiknya, setiap kali makanan yang dibawa rider Food Panda mesti ada pelanggan yang telah membuat pesanan. Ohmedia tidak dapat info apa-apa sama ada, makanan itu telah dipesan oleh pelanggan untuk diberikan kepada gelandanggan itu ataupun pelanggan telah membatalkan pesanan mereka dan rider Food Panda itu sendiri yang ikhlas hati ingin memberi makanan kepada gelandangan itu dan membayarkannya sendiri.

Masih ada lagi orang yang prihatin dekat Malaysia dan siapapun yang memberikan makanan itu, sifat membantu seperti ini tambahan lagi untuk golongan fakir miskin harus dipupuk dan menjadi kebiasan kepada semua rakyat Malaysia.

OHMEDIA : TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA.

Sumber : We Are Malaysians
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/18/2020

0 comments:

Loading...