RON95 Boleh Turun Sehingga RM1.32 Seliter? Bagus Untuk Negara?!


Nampaknya harga minyak bagi RON95 berkemungkinan boleh turun sehingga RM1.32 seliter kerana trend kejatuhan mendadak harga minyak dunia berlaku dengan lebih kerap yang berpunca dari perang harga di antara pengeluar utama minyak dunia iaitu Arab Saudi dan Russia.

Situasi ini dilihat positif bagi rakyat tetapi sebaliknya negatif buat negara kerana Malaysia merupakan pengeksport minyak dan kita bergantung kepada hasil jualannya.


Dari sudut negatif pula, penyusutan harga minyak dunia ini akan memberi tekanan kepada kapasiti fiskal Malaysia memandangkan Belanjawan 2020 sebelum ini dirangka berdasarkan andaian harga minyak ialah AS$62 setong. Kerajaan yang baru terbentuk kali ini dilihat berkemungkinan besar akan menyemak semula Belanjawan 2020 dan kita mungkin boleh lihat akan berlaku pengurangan dalam perbelanjaan dan pelaburan kerajaan. Pertumbuhan perlahan di dalam sektor perlombongan akan menjejaskan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dengan ketara disebabkan oleh kandungan nilai tambahnya yang tinggi. - Kata pihak MIDF Research.

Negara kita juga sebelum ini telah menghadapi tekanan ekonomi apabila berlaku pertukaran kerajaan dan diharapkan kerajaan baharu yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat melakukan sesuatu.

Kita juga masih menantikan senarai penuh menteri Kabinet yang akan diumumkan pada jam 5 petang ini dan ada ura-ura mengatakan yang Tok Mat akan memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri walaupun berada di ADUN. Bagaimanapun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi nanti.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan harga minyak dunia di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media