Seorang Lelaki Meninggal Kerana Virus TIkus Di China

Posted on Wednesday, March 25, 2020 | 3/25/2020



Ketika satu dunia sedang bergelut dengan COVID-19 dan wabak mula reda di negara China, negara berkenaan kini dikejutkan dengan satu berita kematian dimana seorang lelaki yang berasal dari wilayah Yunnan meninggal dunia kerana virus yang dikenali sebagai Hantavirus.

Lelaki berkenaan berkenaan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Wilayah Shandong untuk bekerja menaiki sebuah bas yang disewa. Menurut info yang dipetik dari Berita Harian, berikutan dari kes berkenaan, seramai 32 penumpang bas berkenaan kemudiannya menjalani ujian saringan keshihatan.

Hantavirus merupakan virus bawaan tikus dimana kali pertama dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1993 melibatkan pemindahan dari tikus ke manusia seperti yang dipetik dari Berita Harian. Turut menjelaskan, menurut Pusat Kawalan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit di Amerika Syarikat, pemindahan dari manusia ke manusia tidak pernah ditemui kecuali di Argentina pada tahun 1996.

Sumber gambar dari Google
Namun ada pandangan mengatakan bahawa, virus bawaan tikus berkenaan di Amerika Selatan boleh dipindahkan daripada manusia kepada manusia. Untuk info, sebelum ini 5 kes virus hantavirus telah dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat (AS)  menyebabkan 3 kematian direkodkan pada tahun 2017.

Berdasarkan info Berita Harian, virus ini dipindahkan menerusi sentuhan langsung, najis, air liur, sarang tikus atau menghidu debu dijangkiti virus berkenaan. Ia mampu mengakibatkan seseorang itu mengalami kelesuan, sakit oto, serta sakit kepala berbanding COVID-19 yang mempunyai gejala batuk, demam dan kesukaran untuk bernafas.

OHMEDIA: SEMOGA TIDAK BERLAKU KES JANGKITAN VIRUS TIKUS INI DI MALAYSIA.

Sumber: Berita Harian | Berita Harian

+ Baca respon pembaca seorang lelaki meninggal kerana virus tikus di China di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/25/2020

0 comments:

Loading...