Shell Malaysia Ambil Langkah Keselamatan Sempena PKP


Shell Malaysia kini telah mengambil langkah keselamatan buat pelanggan sempena perintah kawalan pergerakan. Oleh yang demikian, Shell telah melakukan beberapa servis tambahan untuk mencegah penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda sekarang.


Antara perkara yang Shell lakukan adalah proses disinfeksi pada setiap jam di semua tempat yang mendapat sentuhan antaranya pam bahan api, pam nozzle, pemegang pintu, kaunter bayaran dan sebagainya. Boleh dikatakan setiap kemudahan yang Shell sediakan pada pelanggan akan disinfeksi.


Untuk pengetahuan korang, Shell juga melaksanakan Social Distance ketika pelanggan hendak melakukan pembayaran di kaunter. Pelanggan hanya dibenarkan membeli barang untuk dibawa pulang sahaja. Semoga langkah yang diambil Shell dapat mengurangkan risiko dari dijangkiti wabak berkenaan.

OHMEDIA: SEMOGA SEMUA STESEN MINYAK MALAYSIA MENGAMBIL LANGKAH TAMBAHAN UNTUK KESELAMATAN PELANGGAN

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca Shell Malaysia Ambil Langkah Keselamatan Sempena PKP di Facebook Oh! Media



Sumber: Oh! Media