Tan Sri Idrus Harun Peguam Negara Baharu

Tan Sri Idrus Harun 

PUTRAJAYA, 7 Mac - Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata pelantikan Tan Sri Idrus telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut kenyataan itu, Al-Sultan Abdullah juga telah memperkenankan permohonan Tan Sri Tommy Thomas untuk memendekkan perkhidmatan beliau sebagai Peguam Negara berkuat kuasa pada 28 Februari 2020 selaras dengan Fasal (5) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Pejabat Perdana Menteri turut menyatakan kerajaan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Tommy Thomas atas perkhidmatan beliau kepada negara selama memegang jawatan sebagai Peguam Negara.

Sumber : Astro Awani

Sumber: teganukita.net