Tan Sri Muhyiddin Yassin Buat PH Kecewa, Pinggir Menteri Besar & Ketua Menteri Pembangkang


Pakatan Harapan (PH) berasa kecewa dengan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak menjemput Ketua Menteri dan Menteri Besar yang berasal dari parti itu pada mesyuarat khas bagi menyelaraskan Perintah Kawalan Pergerakan antara negeri yang diadakan pada hari ini.

Sepertimana yang korang tahu Perintah Kawalan Pergerakan sudahpun bermula pada hari ini sehingga 31 Mac 2020 atas sebab wabak Covid-19 yang sedang melanda di negara kita. Majlis Setiausaha PH berkata bahawa sekiranya negeri tersebut diperintah oleh pembangkang yang tidak searah dari sudut politik dengan kerajaan Persekutuan, maka mereka menganggap perkara ini adalah tindakan kepartian sempit yang merugikan rakyat.

PH difahamkan bahawa Menteri-Menteri Besar daripada Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan serta Ketua Menteri Sabah dan Pulau Pinang tidak dijemput untuk menghadiri mesyuarat khas itu. Umum sedia maklum bahawa kelima-lima negeri ini merangkumi hampir 40 peratus seluruh penduduk di Malaysia dan sejumlah besar kes Covid-19 ini turut berlaku di negeri-negeri ini. Oleh itu, Majlis Setiausaha PH menggesa Putrajaya untuk segera memanggil pertemuan bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri ini demi kemaslahatan dan keselamatan warga negeri-negeri tersebut.

OHMEDIA: SEHARUSNYA MEREKA TIDAK MELAKUKAN PERKARA BEGINI SEHINGGA MEMINGGIRKAN KETUA MENTERI DAN MENTERI BESAR DI BEBERAPA NEGERI DEMI KESELAMATAN RAKYAT MALAYSIA. KETEPIKAN POLITIK, DAHULUKAN RAKYAT.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca sayang Malaysia di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media