Terhutang Budi Pada Para Petugas Tangani Covid-19


Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT, 23 Mac - Kerajaan Negeri Terengganu  terhutang budi kepada semua petugas yang terlibat dalam menangani wabak virus Covid-19 yang melanda di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, beliau mengucapkan terima kasih diatas pengorbanan yang ditunjukkan oleh para petugas.

“Para petugas yang terlibat sentiasa berisiko tinggi untuk terkena jangkitan wabak virus ini, utamakan aspek kebersihan dalam setiap tugas seharian.

"Pihak kami sentiasa berada dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi gejala wabak yang melanda dunia ini," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan dan memberi sumbangan makanan kepada petugas di Pejabat Kesihatan Daerah Besut pada hari Sabtu, 21 Mac.

Turut hadir sama dalam sesi lawatan tersebut ialah Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Menurutnya, kerajaan negeri akan sedaya-upaya untuk menyalurkan apa-apa bantuan yang diperlukan buat masa sekarang bagi memudahkan para petugas.

"Setakat ini satu Pusat Kuarantin Daerah Besut telah di buka yang menempatkan 40 orang suspek Covid-19," ujar beliau.




Sumber: teganukita.net