Terkini! KKM Sahkan Malaysia Rekod Lapan Kematian Setakat Ini


Terkini! Hari ini merupakan hari keempat Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan dan Malaysia telah merekodkan 8 kematian sebentar tadi. Perkara ini dilaporkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia di laman Facebook KKM.

Dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini, terdapat pertambahan empat (4) lagi kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan KKM. Pelaporan terbaru ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak lapan (8) sehingga kini. - Kata kenyataan terbabit.


Menurut kenyataan ini kes kematian kelima melibatkan seorang lagi wanita berusia 79 tahun yang dimasukkan ke Borneo Medical Centre. Manakala anak perempuannya pula yang berusia 40 tahun menjadi mangsa keenam yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Kes ketujuh pula melibatkan seorang lelaki berumur 57 tahun dan memiliki sejarah perjalanan ke Vietnam dan hubung kait dengan mangsa positif COVID-19 dari kluster tabligh. Kes kematian kelapan pula melibatkan seorang lagi lelaki berusia 69 tahun yang juga dari kluster tabligh.

Ohmedia ucapkan takziah kepada ahli keluarga yang terlibat dan berharap agar mereka yang sedang dirawat akan sihat.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.



Sumber: Oh! Media