Ustaz Ebit Lew Terus Beri Bantuan Kepada Pasukan Barisan Hadapan Negara! Kali Ini Shower Portable Pula

Posted on Tuesday, March 24, 2020 | 3/24/2020



Siapa tidak kenal dengan seorang pendakwah bebas yang disegani iaitu Ustaz Ebit Lew yang cukup terkenal dengan dakwahnya yang lemah lembut dalam penyampaiannya. Dalam minggu ini juga, Ebit Lew dilihat sangat sibuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan, terutamanya kepada pasukan barisan hadapan kita.

Sebelum ini, Ustaz Ebit Lew dilihat telah memberikan makanan kepada petugas perubatan dan turut memberikan peralatan bagi memudahkan tugas mereka yang berjuang sehingga ke hari ini.


Terbaru, melalui akaun Facebook rasminya, Ebit Lew telah menyumbangkan pula beberapa barangan kepada hospital-hospital yang menempatkan pesakit COVID-19.

Sepanjang malam semalam fikir nak cari shower portable atas permintaan hospital. Cari-cari. Last-last saya dapat sewa dari sebuah syarikat, rasa amat bersyukur dapat sewa 2 Shower Portable ke Hospital Putrajaya. Kasihan kawan-kawan petugas di hospital nak mandi sebelum balik rumah setelah bekerja ada sampai 16jam. Kasihan mereka. Kadang risau musim covid 19 ni. Nak menangis tengok mereka semua dah terlalu penat. Benar-benar terlalu penat.

Ya Allah bantulah mereka semua ya Allah. Berilah semangat dan kekuatan dalam jiwa mereka dalam jihad ini. Sembuhkan semua pesakit. Jagakanlah keluarga petugas dan keluarga pesakit. Selamatkan kami semua seluruh dunia-ebitlew


Bagi mereka yang ingin bersama menyalurkan sumbangan, boleh rujuk kepada nombor akaun Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang dikongsikan Ebit Lew.

Sumber: Facebook Ebit Lew

+ Baca respon pembaca yang terharu melihat sumbangan Ebit Lew di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/24/2020

0 comments:

Loading...