(Video) 'Dahlah pendek muka takde makeup, of coz la dia pilih aku!' - Kantoi dating dengan tunang orang, skandal hina tunang BFnya


Viral di media sosial semalam video seorang lelaki kantoi keluar dengan perempuan lain dicekup oleh tunangnya sendiri. 

Dalam kejadian yang berlaku di dalam tren LRT itu, si tunang dan rakannya melihat sendiri lelaki itu 'berkepit' dengan perempuan lain, lalu dihampiri dan bermulalah segala drama swasta. 

Baju Kuning: "Dia nilah yang aku cakap tu. Dia la. Kau tak percaya cakap aku. Perempuan ni la, aku nampak dia la."

Tunang: "...kami dah berkawan lama, dah bertunang"

Skandal: "He's my boyfriend" 

Baju Kuning: "Dia (lelaki) ni, tunang dia. Dah tiga tahun kot."

Skandal: "Well, tengok diri you la. Kenapa dia pilih I."

Baju Kuning: "Hello, cantik la tu. Agak-agak la sikit." 

Skandal: "Saya tak tahu apa-apa."

Jantan: "Tak payahlah bising-bising."

Baju Kuning: "Masalahnya dia (si tunang) kawan aku kot."

Skandal: "Tengoklah dia, dahlah pendek, muka takde makeup. Kau nak bandingkan dengan aku? Of coz la dia nak pilih aku."

Baju Kuning: "Oo, kau ingat kau cantik, kau baik la?"

Skandal: "Memang aku cantik pun. Of coz you (jantan) akan pilih I kan? I'll give you everything." 

Baju Kuning: "Oh my god, macam ni perangai kau." 

Jantan: "Tak payahlah bising-bising. Semua (orang) dengar." 

Baju Kuning: "Oh tau malu? Ada dua perempuan tak malu? Camtu?" 

Skandal: "Engkau (tunang) yang patut malu! Kau ada tunang, tak pandai jaga muka. Dahlah pendek!"

Tunang: "You diam boleh tak?!" 

Skandal: "Tak, sekarang ni korang yang kacau kitorang. Sayang, kita nak pergi dating kan?"

Baju Kuning: "Dating-dating juga, tunang kau nak letak mana?" 

Skandal: "Akak, setakat tunanglah. Orang yang dah kahwin pun boleh bercerai." 

Si tunang yang bengang kemudian menolak perempuan itu sehingga jatuh terduduk. 

Skandal: "Wow! This is too much okay. Aku tak sentuh kau langsung. Aku tak tahu apa-apa pun!" 

Baju Kuning: "Sekarang ni, hari tu aku nampak dia sekali. Sekarang ni aku nampak dia (kantoi lagi), sekarang kau nak cakap apa?" 

Jantan: "Tak payah masuk campur la!"

Baju Kuning: "Kepo-kepo la juga, dah dua kali aku nampak kau (kantoi) kot? Agak-agaklah! Kau tak boleh percayalah jantan camni. Eh tolonglah." 

Jantan: "Kau ingat kau lawa sangat ke?!" 

Baju Kuning: "Aku tak lawa pun aku takkan buat orang macam tu la. Kau nak suruh aku diam?!"

Skandal: "Kau yang kecoh sangat ni kenapa?! Bukan hal kau pun, BIMBO!" 

Baju Kuning: "Tak kisahlah bimbo ke apa, tapi hati tak busuk la!" 

Skandal: "Sekarang ni you pilih I ke you pilih dia? You pilih perempuan pucat buruk macam ni? I have everything!" 

Baju Kuning: "Apa yang adanya, terdedah sana terdedah sini."

Skandal: "Daripada muka kau tu dahlah gemuk, pendek!" 

Baju Kuning: "Gemuk pun hati aku tak busuk macam kaulah!" 

Skandal: "Panaslah aku dalam tren ni." 

Jantan: "Nanti kita bincang kat rumah."


Video berakhir dengan lelaki itu beredar mengikuti skandalnya. Si rakan pula menggesa si tunang menyelesaikan hal itu, bukannya membiarkan lelaki itu pergi begitu sahaja. 

Di media sosial, ramai netizen yang tidak percaya dengan ketulenan video tersebut kerana kebiasaannya kes sebegini tiada perbincangan lama dan lembut seperti itu, sebaliknya dihujani dengan tamparan, tarikan rambut dan juga berguling-guling di atas lantai tren. 

Netizen juga mengesyaki video itu dibuat untuk tujuan viral sahaja. Meskipun begitu, hanya tuan empunya badan sahaja yang tahu kebenarannya. 



Sumber : thereporter.my