(Video) 'Mesti budak tu ada buat salah' - Guru baling barang pada pelajar dipercayai bermain-main dalam kelas

Posted on Tuesday, March 03, 2020 | 3/03/2020



29 Februari 2020, viral di media sosial video seorang guru membaling barang pada pelajarnya mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Tidak dinyatakan lokasi dan punca sebenar kejadian, tetapi berdasarkan video viral itu dipercayai pelajar berkenaan telah menimbulkan kemarahan gurunya. 

Video menunjukkan guru terbabit membaling beberapa barang ke arah pelajar itu yang mengelak dan cuba menjauhkan diri dari ditangkap gurunya.

Percakapan di antara kedua-dua pihak tidak begitu jelas, namun dipercayai pelajar itu tidak memberikan fokus dan bermain-main ketika guru itu sedang mengajar di depan. 

Video itu dirakam oleh salah seorang pelajar dan dalam masa yang sama turut ketawa melihat adegan itu. Manakala pelajar yang lain pula kelihatan risau sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. 


Meskipun ada netizen yang mengatakan guru itu tidak wajar bertindak sedemikian, namun ada netizen mempertahankannya kerana tindakannya itu adalah untuk memberi pengajaran kepada pelajar supaya tidak mengulangi kesilapannya. 



Sumber: Facebook


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 3/03/2020

0 comments:

Loading...