(Video) Seram! Ibu Rakam Kejadian Aneh Di Rumah, Anaknya Seolah-Olah Ditolak Berkali-Kali

Posted on Monday, March 16, 2020 | 3/16/2020



Pergh! Menyeramkan betul kalau ada budak kecil tegur 'sesuatu' pada waktu malam kan? Dahlah tak ada sesiapa dekat sebelah dia, boleh pula dia bercakap seorang diri dan main tolak berkali-kali.

Ohmedia faham budak-budak akan nampak makhluk halus semasa diorang masih kecil kerana mata hijabnya masih terbuka. Korang pernah tak alami situasi yang sama macam adik ni waktu korang masih kecil?

Baru-baru ini, Ohmedia ada tengok satu posting yang dibuat oleh @nyctophfilia di Twitter mengenai seorang budak kecil bercakap dan seolah-olah ditolak oleh 'sesuatu'. Kejadian ini telah dirakam oleh ibunya.


Kalau korang tengok video dekat minit ke 1.29 tu, korang akan nampak bayang-bayang budak kecil tengah lalu dekat tingkap belakang tu tau. Fuh! Meremang bulu roma Ohmedia bila tengok. Apa yang lebih menyeramkan adalah budak kecil tu boleh describe rupa benda tu. Siap ada tanduk gais!

Jadi, Ohmedia cuma nak pesan lebih baik bawa budak ni pergi berubat dekat Darul Syifa atau mana-mana ustaz dan melakukan pembersihan rumah supaya tidak terjadi lagi benda macam ni. Bukan apa, takut benda tu suka dekat budak kecil tu.

OHMEDIA: KALAU TERJADI DEKAT OHMEDIA, DAH LAMA OHMEDIA PASANG RUQYAH. BACA AYAT KURSI.

Sumber: Twitter

+ Baca respon pembaca kongsi pengalaman seram di Facebook Oh! Media


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/16/2020

0 comments:

Loading...