7,000 Pek Kurma Untuk Diagihkan Di Seberang Takir



Oleh : Hailmey Mansor

KUALA NERUS, 22 April - Sebanyak 7,000 pek kurma diagihkan untuk masyarakat di Seberang Takir sempena masuknya bulan Ramadan pada kali ini.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab, kurma ini diagihkan setiap tahun sempena meraikan kedatangan bulan yang mulia.

"Kita agihkan kurma setiap tahun dan program ini sememangnya berada dalam taqwim tahunan kita.

"Cuma berbeza sikit tahun ini, kita terpaksa agihkan mengikut  Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)," ujar beliau ketika ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir pagi tadi.

Menurutnya, kebiasaannya kurma diagihkan di Bazar Ramadan atau kawasan tumpuan masyarakat kampung ia  terbatas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) .

"Biasa kita agih ikut bazar-bazar disekitar Seberang Takir.

"Oleh kerana PKP ini,Bazar Ramadan tidak dapat dibuat dan kita agihkan kepada MPKK untuk diberi kepada ahli qaryah mereka," tambah Fazil lagi.



Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penyumbang yang turut menyumbang kurma ini.

"Terima kasih buat Ahli Parlimen Kuala Nerus,  Dato Dr. khairuddin Aman Razali dan para ahli perniagaan yang sudi menyumbang kurma ini kepada kita untuk agihkan.

"Bungkusan kurma ini dilakukan oleh kakitangan daripada Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir dan dibantu oleh MPKK setempat," katanya.

Sumber: teganukita.net