Anak Didik Amy Search, Sarah Fazny Meniaga Soto Sepanjang PKP Terima Tempahan Memberansangkan!


Macam-macam aktiviti yang dilakukan rakyat Malaysia untuk menghabiskan masa di rumah sepanjang tempoh PKP. Begitu juga dengan penyanyi Mentor Legend 2015 Sarah Fazny yang mengambil masa ini untuk kembali berniaga soto.

Sarah berkongsi yang sebelum ini dia memang berniaga soto resipi turun temurun keluarganya di bazar Ramadan.

Kali terakhir saya berniaga soto ketika di bazar Ramadan, kira-kira lima tahun lalu. Selain itu, saya menghidangkan soto kepada tetamu pada hari raya. Bagaimanapun saya terfikir kenapa tak kembali berniaga soto apabila tempoh PKP dilaksanakan. Lagipun, saya mempunyai pelanggan setia yang selalu menempah sejak dahulu. Selain soto, saya membuka tempahan nasi berlauk atas permintaan rakan pada Ramadan. Di kalangan rakan, mereka tahu saya suka memasak. - Katanya.

Protege kepada Amy Search ini juga bagaimanapun mengakui yang dia sukar untuk melakukan penghantaran sepanjang tempoh PKP ini dan akur dengan perintah kerajaan.

Jadi bagaimana pula dengan korang? Apa yang korang mampu lakukan sepanjang tempoh PKP ini selain daripada terpakda bekerja dari ruma.

+ Baca respon pembaca yang juga berniaga sepanjang PKP di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media