Apple Tetap Lancarkan iPhone 12 5g Pada September Ini


Walaupun disaat ini situasi pandemik COVID-19 tidak menampakkan sebarang perkembangan positif untuk reda, Apple melalui Foxconn, kilang kepada pembuatan barangan Apple menyatakan akan tetap meneruskan pembuatan iPhone 12 5g dan melancarkan peranti berkenaan pada September ini.

Sebelum ini Foxconn telah menghentikan operasi ekoran pandemik COVID-19 yang semakin teruk di China. Setelah keadaan negara berkenaan pulih dari wabak berkenaan, Foxconn mahu memulakan kembali pengoperasian untuk membuat iPhone 12 5g.

Memandangkan Foxconn sudah kesuntukan masa, sudah semestinya kilang berkenaan perlu mengeluarkan belanja yang lebih seperti bonus dan upah kerja lebih masa kepada pekerja mereka dalam menyiapkan peranti flagship berkenaan pada masa yang telah dijadualkan.

Sumber gambar dari Mactrast
Dipetik dari 9to5Mac, ia dijangkakan akan terdapat empat jenis iPhone 12, di mana masing-masing mempunyai  saiz skrin sebesar 5,4 inci, dua model 6.1 inci dan 6.7-inci. Manakala ia dikuasakan dengan chipset Bionic A14 5nm dan layar Amoled dengan refresh rate pada 120ghz.

Dipetik dari Tek Id, dikhabarkan Apple juga akan menggunakan chip modem Snapdragon 5G, yang membolehkan model-model baru ini memiliki line signal yang lebih baik dengan sub-6GHz dan mmWave 5G.

OHMEDIA: LIHAT KEADAAN EKONOMI SEKARANG, DITAMBAH PULA DENGAN PANDEMIK LAGI, KORANG RASA ADA KE YANG AKAN BELI? 

Sumber: Tek Id  |  9to5Mac

+ Baca respon pembaca Apple tetap lancarkan iPhone 12 5g pada bulan September ini di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media