Ben Amir Pulang Awal Dari Scotland, Keputusan Ujian Saringan Negatif


Pada awal Mac lalu, pelakon terkenal iaitu Ben Amir juga terlibat dengan penggambaran drama Demi bersama Puteri Aishah dan kru yang lain di Inverness, Scotland. Semalam, kita dikhabarkan yang Puteri Aishah telah disahkan positif wabak covid-19 selepas balik dari penggambaran itu. Menurut Gempak ketika menghubungi Ben, dia bersyukur kerana selepas membuat ujian saringan, keputusannya adalah negatif.

BACA : Puteri Aishah Disahkan Positif

Dikatakan juga pengarah, Rahila Ali juga dijangkiti wabak covid-19 bersama seorang lagi kru produksi selain Puteri Aishah. Ben turut berasa simpati ke atas apa yang terjadi dan memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi hal ini dengan lebih lanjut kerana tidak mahu timbulkan spekulasi dan cerita tidak betul.

Ben juga bersyukur kerana dirinya tidak ada sebarang simptom dan dalam keadaan yang baik saja. Dikatakan yang Ben telah pulang ke Malaysia 4 hari lebih awal dari pelakon dan kru yang lain iaitu pada 27 Mac lalu. Sampai saja di Malaysia, Ben terus kuarantinkan dirinya di rumah dan membuat pemeriksaan di sebuah pusat perubatan.

Ben juga mengatakan supaya doakan pengarah Rahila Ali, Puteri Aishah dan kru yang telah dijangkiti itu cepat sembuh daripada wabak tersebut. Sempat juga Ben berkata semoga kita yang masih sihat ini akan terus kuat menghadapi dugaan yang datang serta dijauhkan dari wabak ini. So girls out there, Alhamdulillah pelakon idaman korang ini dalam keadaan yang baik saja gais.

Sumber : Gempak

Sumber: Oh! Media