Black Shark 3 Akan Dilancarkan Di Malaysia Hujung Bulan Ini!


Black Shark telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Black Shark 3 dan dijangka akan diperkenalkan di Malaysia pada 30 April nanti. Model kalini terbahagi kepada dua variasi iaitu Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro. Mesti ramai gamers di negara kita sudah lama tertunggu-tunggu dengan kehadiran Black Shark ini terbaru ini. Harga bagi kedua-dua peranti ini akan diumumkan secara rasmi pada 30 April nanti ya.


Bagi yang variasi Pro, ianya hadir dengan skrin sebesar 7.1 inci QHD+ OLED. Bukan biasa-biasa skrinnya gais! Sokongan kadar segar semulanya pula ialah 90Hz bersama cip pemprosesan SnapDragon 865. Untuk memorinya, ianya didatangkan dengan 12GB RAM dan storan sehingga 256GB. Bateri Pro lebih besar dari yang variasi biasa, didatangkan sebesar 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas. Apa yang menariknya tentang Pro, ia dilengkapi dengan satu butang yang memberikan kawalan dan pengalaman yang baik.

Untuk model Black Shark 3 biasa, ia hadir dengan skrin sebesar 6.67 inci OLED dengan kadar semula 90Hz dan untuk touch sampling nya mencapai 270Hz. Cip pemprosesan pada Black Shark ini ialah cip SnapDragon 865 dan mestilah ada penyejukkan berasaskan air untuk kedua-duanya! Bateri pada model variasi biasa ini pula sebesar 4720mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W serta menggunakan port magnetik pada di belakang. Kedua-dua model menggunakan memori LPDDR5 dan storan UFS 3.0.

Sumber : Black Shark

+ Baca respon pembaca penggemar telefon pintar Black Shark di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media