Black Shark 3 Dilancarkan di Malaysia Pada Harga RM2,799


Semalam, Black Shark Malaysia telah mengumumkan yang Black Shark 3 secara rasminya telah memasuki pasaran tempatan. Sepertimana yang kita semua tahu, model telefon pintar gaming terbaru dari Black Shark ini mempunyai dua variasi iaitu Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro.

BACA : Black Shark 3 Akan Dilancarkan Di Malaysia Hujung Bulan Ini!


Bermula hari ini, hanya Black Shark 3 yang variasi biasa saja ditawarkan di Malaysia. Bagi variasi yang pro pula, masih belum diketahui tarikhnya lagi untuk masuk ke pasaran Malaysia dan berkemungkinan pada bulan Mei nanti.

Bagi sesiapa yang berminat, Black Shark 3 ini akan dijual pada harga RM2,799 di Malaysia. Beberapa pembeli terawal boleh dapatkan peranti ini pada harga RM2,649 di Shopee. Bukan itu saja, korang juga berpeluang untuk dapatkan rebat dari Shopee bernilai RM150 gais!

Sumber : Black Shark Malaysia

+ Baca respon pembaca penggemar peranti Black Shark di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media