'Confirm bangang' - Bung Moktar selar VIP ingkar PKP


Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai individu telah ditahan kerana didapati mengingkari PKP. Disebabkan itu, mereka dikenakan tindakan denda dan penjara, sebagai pengajaran agar tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

Tetapi baru-baru ini, viral gambar golongan VIP dengan sewenang-wenangnya melanggar PKP. Golongan ini seperti kebal dari tindakan undang-undang. 

Di media sosial, netizen berterusan menyelar tindakan golongan menteri kayangan ini dan meminta respon dari ahli politik lain berhubung isu tersebut. 

Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin, melalui Twitternya berkata, beliau tidak faham dengan perangai 'VIP' berkenaan yang sepatutnya bijak, tetapi mengingkari arahan PKP. 

"Tak faham aku. Kalau kata tak bijak, tak patut. Kalau orang kata bangang, mungkin ya. 

"Hari-hari kita (kerajaan) berkata jangan buat perkumpulan, jangan makan ramai-ramai, jangan keluar rumah. Dia buat juga. 

"Confirm bangang," katanya. 


Ramai netizen yang bersetuju dengan tweet Bung Moktar kali ini. 


Sehingga kini, netizen masih menunggu berita pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap golongan VIP berkenaan yang didapati mengingkari PKP.

Namun semenjak isu ini dilaporkan, ada di kalangan VIP berkenaan memberikan alasan dan cuba meraih simpati bagi menyelamatkan diri. 



Sumber : thereporter.my