COVID-19- Ganding Bahu Bantu Barisan Hadapan

Posted on Saturday, April 25, 2020 | 4/25/2020





KUALA TERENGGANU, 24  April- Pengorbanan  petugas barisan hadapan dalam menangani ancaman Covid-19 pada ketika ini turut mendapat perhatian pelbagai pihak

Antaranya, pihak pengurusan Paya Bunga Hotel (PBH), Petronas Cari Gali dan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

Petronas Cari Gali dan Paya Bunga Hotel Terengganu  menyampaikan  sumbangan berbentuk pek makanan kepada petugas barisan hadapan mulai semalam dengan agihan pertama  kepada anggota Polis di IPD Kuala Terengganu.

Sumbangan yang disampaikan oleh Pn Emma Abd Rahman; Ketua Jabatan Jualan PBH diterima oleh ASP Che Rosilan Che Ya; Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Kuala Terengganu.

Sumbangan yang akan diagihkan setiap hari ini adalah satu inisiatif dari Paya Bunga Hotel, Petronas Cari Gali dan PMINT bagi terus memberi semangat kepada semua petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus siang dan malam dalam menentang penyebaran wabak Covid-19 yang sedang melanda ini.

Pengurus Besar PB Hotel Abdul Hadi Alias; berkata sumbangan itu  sangat kecil jika dibandingkan pengorbanan dan usaha keras dari semua petugas barisan hadapan berjuang menghadapi penyebaran virus Covid-19 ini.

Sumber: teganukita.net
Blog, Updated at: 4/25/2020

0 comments:

Loading...